Songs

HOME NOVELdanCERPEN INFOdanIV CERITASANASINI

Tuesday, 21 June 2016

Temuduga SPA (Penolong Pegawai Seni Bina)

JA29 PENOLONG PEGAWAI SENI BINA







Assalamualaikum...
hari nie Arei nak ceritakan tentang pengalaman Arei pergi temuduga SPA. Korang tahu tak SPA tu apa? SPA tu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Senang cerita kalau nak kerja kerajaan sinilah tempatnya. 


PERSIAPAN

Macam yang Arei pernah ceritakan di post yg dulu, nak g temuduga mesti cari apa yg patut. Arei g laman web spa, Arei carilah Penolong Pegawai seni bina nie tugas kerja dia apa. Lepas tu kerja dia under siapa. rupanya kerja dia yang dia nak sekarang under JKR (Jabatan Kerja Raya). So, Arei buatlah kajian sikit tentang JKR. Macam biasa, g laman web JKR, cari MIsi, Visi, Siapa Menteri dia, Under Kementerian Apa.





HARI KEJADIAN

Dua hari lepas Arei pergi iv. Arei iv di pusat temuduga spa di JB, Bangunan Ansar. Nak tahu Arei iv kol berapa? Masa tgok kt web dia, Arei iv kol 12tgh hari. Perghhhh.. time tido tu. Bila dah sampai tempatnya, keluar dari kereta je, masa tu dalam kol 10 dah sampai, keluar dari kereta je, tibe2 dapat kol dari spa, dia tanya Arei dtg ke tak iv nie, Lepas tu dia cakap kalau dah sampai boleh terus daftar. Oh, rupanya time daftar tu baru dapat no, alah mcm amek no kt bank tu.



Ha nielah.. Arei dapat no 10, masa tu yg tgh iv org ke-8



Sebelum amek no tu, ada pegawai yang cek sijil2 kita, Dia nak cek apa yang dia suruh bawa kita bawa ke tak. Lepas tu dia suruh susun balik kalau susunan sijil kita tu tak betul.


SOALAN TEMUDUGA

Tunggu punya tunggu, giliran Arei pon tiba. Arei pun masuk dalam bilik temuduga tu, Ada dua panel, Sorang lelaki (kalau tak silap dia daro spa)  dan sorang perempuan (yang nie kalau tak silap dari jkr). Arei bagi salam, letak sijil kat atas meja, lepas tu dia suruh duduk, baru Arei duduk. Lepastu barulah mula soal menyoal :


1) Perkenalkan diri
2) Banyak tak buat persiapan temuduga nie, apa yang awak baca? 
    Arei cakap pasal tugas Penolong Pegawai Seni Bina.
3) Dia tanya tentang Green Building
4) Dia tanya mahir lagi tak guna Auto Cad.
5) Boleh tak guna software pired time kerja.
6) Boleh kerja jauh dari family ke tak.
7) Dia tanya tentang Latihan Industri Arei.
    Sebab masa tu Arei bagi Jurnal LI.
8) Dia tanya tentang JKR.
9) Macam mana nak tahu projek apa yang JKR tengah buat kt Johor ni
10) Apa beza papan tanda JKR dgn papan tanda yang lain.
11) Penolong Pegawai Seni Bina nie pergi melawat site tak. Apa yang dia buat kat site.
12) Apa kelebihan yang awak ada yang membolehkan pihak JKR amek awak bekerja.


KEPUTUSAN


Keputusan belom keluar. Kita tunggu dan lihat. Kalau rezeki Arie kat sini, maka dapatlah, kalau tidak, tak dapat lah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.




3 comments:

  1. apa keputusan interview ? saya bakal temuduga juga ni..risau pulak rasa

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum..hi. nervousnya lahai. sebab dh tinggal dekat 9tahun bidng ni. mmg blank sangat2 la. tapi usahakan juga intui pergi iv ni.

    ReplyDelete