MPK
Pada suatu petang, anak jiran sebelah rumah memberi salam. Pada masa tu Arei didapur, maka abahlah yang membuka pintu. Rupanya anak jiran sebelah rumah memberikan surat. Pakcik posmen tu salah hantar surat, patutnya surat rumah nie tp dia hantar ke rumah sebelah. Selepas abah terima surat itu, abah memanggil Arei. Dia kata surat dari Majlis Perandaran Kluang. Arei dgn mak pon excited nak tgok apa kandungan surat tersebut. Arei pon bukalah dgn gelojohnya.. heeee.. rupanya Arei dpt panggilan temuduga. Owh.. masa tu excited + cuak + gelabah.
PREPARATION
Untuk temuduga nie, Arei dpt temuduga bagi jawatan Pelukis Pelan JA17. Pihak majlis suruh bawa benda untuk presentation tau. Masa tu Arei dah tak tau nak bawa apa. Baru teringat yang Arei ada buat Jurnal time LI (Latihan Industri). Lagi Arei ada buat final project.. tp masa tu just ada soft copy je. Lepas tanya kawan2, dyorg kata kena print a3 boleh a4 pon boleh. Fikir punye fikir, bawa jelah a4, lepastu bawa lapy, kot2 boleh present guna lapy.. kan senang. Selain tu Arei study tentang MPK itu sendiri. mcm visi, misi, carta organisasi, fungsi dia. Semua maklumat tersebut ada dalam laman web MPK ni. Selain tu, ni kan kt Negeri Johor, so dia nak sijil sekolah agama. Arei dah amek sijil darjah 6, tapi Arei tak amek lagi sijil darjah khas. Dahlah Arei amek darjah khas tahun 2006. HA!!! kan dah 10 tahun sijil tu kt sekolah. So , kepada sesiapalah, kalau dh keluar result tu, cepat2lah amek sijil korang, nanti senang kalau nak sambung belajar atau cari kerja.
HARI KEJADIAN
9hb Jun 2016, Hari Ke 4 berpuasa, Hari yang ditunggu2 pon tiba. Arei pergi temuduga parents yang hantar. So lepas sahur dah gerak. Gegugupan Arei menyebabkan Arei muntah pagi itu, nasib baik Arei tak puasa masa tu (hal perempuan). Waktu temuduga tu pukul 8pg. So, kita nak g temuduga nie kenalah datang cepat. Masa tu, mmg Arei orang first yang sampai. lepastu baru ada sorang lagi dan baru yang lain2. Arei tgok semua bawak bende yang nak dipresent tu besar2, size A2 ada, A1 pon ada. Dahsyat tak dahsyat. Arei dah cuak dah.. Yelah Arei bawa A4 je. Ada yang dah bekerja dalam bidang yang sama pon still mohon kerja ni. Yelah, ni kan kerja under gov, Sapa yang tak nak, jaminan kerja kt gov nie banyak kalau dibandingkan kerja swasta. Tunggu punya tunggu, pihak majlis pon panggil semua untuk mendaftar. Rupanya ramai, kalau tak silap Arei adalah 29org. Tapi masa hari tu 17org je kot yang dtg. so tak ramai.
TEMUDUGA
Arei orang yang ke 8, so cepatlah, Lagi satu, sistem kat sini dia pkai no (ikut giliran). Macam mana nak tau nombor korang tu, ada dalam surat panggilan temuduga yang diberi. Mula2 dia panggil 3 orang 3 orang. Rupanya dy nak uji buat plan rumah guna AutoCad. Owh, Arei rasa Arei ingat lagi nak guna bendealah nie, so Arei tak cuaklah sgt. Tp rupanya Arei lupa ,, so Arei hanya dapat buat sikit je. Dia hanya bagi masa 15minit sahaja. Lepastu, baru dia panggil untuk temuduga lisan. Panel masa itu ada 4org. Nak tahu soalan apa yang dia tanya :
1) Firstly, dia suruh baca surah Al-Fatihah, dia nak uji tajwid dan tahu baca atau tidak.
2) Perkenalkan diri
3) Dia tgok plan yang kita buat td, lepastu komen.
4) Dia tanya mcm mana nak masukkan AutoCad kt Photoshop
5) Apa yang awak tahu tentang majlis perbandaran kluang ni
6) Apa kerja pelukis pelan kt majlis nie
7) Awak ada buat / bermasyarakat di persekitaran perumahan dan sekolah?
8) Siapa ketua agama negeri johor
9) Siapa ketua kerajaan negeri johor
Last sekali dia cakap, semoga rezeki anda ada disini.
p/s : Dia tak tgok pon sijil2 (mungkin sbb masa hantar borang dah sediakan sekali sijil2) dan tak suruh pon present.. heee
3) Dia tgok plan yang kita buat td, lepastu komen.
4) Dia tanya mcm mana nak masukkan AutoCad kt Photoshop
5) Apa yang awak tahu tentang majlis perbandaran kluang ni
6) Apa kerja pelukis pelan kt majlis nie
7) Awak ada buat / bermasyarakat di persekitaran perumahan dan sekolah?
8) Siapa ketua agama negeri johor
9) Siapa ketua kerajaan negeri johor
Last sekali dia cakap, semoga rezeki anda ada disini.
p/s : Dia tak tgok pon sijil2 (mungkin sbb masa hantar borang dah sediakan sekali sijil2) dan tak suruh pon present.. heee
KEPUTUSAN
Untuk keputusan tak tahu lagi, kalau rezeki Arei ada kt situ, adalah, kalau tak, kita pergi cari kerja lain.
No comments:
Post a Comment