Songs

HOME NOVELdanCERPEN INFOdanIV CERITASANASINI

Tuesday, 21 June 2016

Temuduga SPA (Penolong Pegawai Seni Bina)

JA29 PENOLONG PEGAWAI SENI BINA







Assalamualaikum...
hari nie Arei nak ceritakan tentang pengalaman Arei pergi temuduga SPA. Korang tahu tak SPA tu apa? SPA tu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Senang cerita kalau nak kerja kerajaan sinilah tempatnya. 


PERSIAPAN

Macam yang Arei pernah ceritakan di post yg dulu, nak g temuduga mesti cari apa yg patut. Arei g laman web spa, Arei carilah Penolong Pegawai seni bina nie tugas kerja dia apa. Lepas tu kerja dia under siapa. rupanya kerja dia yang dia nak sekarang under JKR (Jabatan Kerja Raya). So, Arei buatlah kajian sikit tentang JKR. Macam biasa, g laman web JKR, cari MIsi, Visi, Siapa Menteri dia, Under Kementerian Apa.





HARI KEJADIAN

Dua hari lepas Arei pergi iv. Arei iv di pusat temuduga spa di JB, Bangunan Ansar. Nak tahu Arei iv kol berapa? Masa tgok kt web dia, Arei iv kol 12tgh hari. Perghhhh.. time tido tu. Bila dah sampai tempatnya, keluar dari kereta je, masa tu dalam kol 10 dah sampai, keluar dari kereta je, tibe2 dapat kol dari spa, dia tanya Arei dtg ke tak iv nie, Lepas tu dia cakap kalau dah sampai boleh terus daftar. Oh, rupanya time daftar tu baru dapat no, alah mcm amek no kt bank tu.



Ha nielah.. Arei dapat no 10, masa tu yg tgh iv org ke-8



Sebelum amek no tu, ada pegawai yang cek sijil2 kita, Dia nak cek apa yang dia suruh bawa kita bawa ke tak. Lepas tu dia suruh susun balik kalau susunan sijil kita tu tak betul.


SOALAN TEMUDUGA

Tunggu punya tunggu, giliran Arei pon tiba. Arei pun masuk dalam bilik temuduga tu, Ada dua panel, Sorang lelaki (kalau tak silap dia daro spa)  dan sorang perempuan (yang nie kalau tak silap dari jkr). Arei bagi salam, letak sijil kat atas meja, lepas tu dia suruh duduk, baru Arei duduk. Lepastu barulah mula soal menyoal :


1) Perkenalkan diri
2) Banyak tak buat persiapan temuduga nie, apa yang awak baca? 
    Arei cakap pasal tugas Penolong Pegawai Seni Bina.
3) Dia tanya tentang Green Building
4) Dia tanya mahir lagi tak guna Auto Cad.
5) Boleh tak guna software pired time kerja.
6) Boleh kerja jauh dari family ke tak.
7) Dia tanya tentang Latihan Industri Arei.
    Sebab masa tu Arei bagi Jurnal LI.
8) Dia tanya tentang JKR.
9) Macam mana nak tahu projek apa yang JKR tengah buat kt Johor ni
10) Apa beza papan tanda JKR dgn papan tanda yang lain.
11) Penolong Pegawai Seni Bina nie pergi melawat site tak. Apa yang dia buat kat site.
12) Apa kelebihan yang awak ada yang membolehkan pihak JKR amek awak bekerja.


KEPUTUSAN


Keputusan belom keluar. Kita tunggu dan lihat. Kalau rezeki Arie kat sini, maka dapatlah, kalau tidak, tak dapat lah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.




Wednesday, 15 June 2016

Temuduga Majlis Perbandaran Kluang

MPK



Pada suatu petang, anak jiran sebelah rumah memberi salam. Pada masa tu Arei didapur, maka abahlah yang membuka pintu. Rupanya anak jiran sebelah rumah memberikan surat. Pakcik posmen tu salah hantar surat, patutnya surat rumah nie tp dia hantar ke rumah sebelah. Selepas abah terima surat itu, abah memanggil Arei. Dia kata surat dari Majlis Perandaran Kluang. Arei dgn mak pon excited nak tgok apa kandungan surat tersebut. Arei pon bukalah dgn gelojohnya.. heeee.. rupanya Arei dpt panggilan temuduga. Owh.. masa tu excited + cuak + gelabah. 


PREPARATION


Untuk temuduga nie, Arei dpt temuduga bagi jawatan Pelukis Pelan JA17. Pihak majlis suruh bawa benda untuk presentation tau. Masa tu Arei dah tak tau nak bawa apa. Baru teringat yang Arei ada buat Jurnal time LI (Latihan Industri). Lagi Arei ada buat final project.. tp masa tu just ada soft copy je. Lepas tanya kawan2, dyorg kata kena print a3 boleh a4 pon boleh. Fikir punye fikir, bawa jelah a4, lepastu bawa lapy, kot2 boleh present guna lapy.. kan senang. Selain tu Arei study tentang MPK itu sendiri. mcm visi, misi, carta organisasi, fungsi dia. Semua maklumat tersebut ada dalam laman web MPK ni. Selain tu, ni kan kt Negeri Johor, so dia nak sijil sekolah agama. Arei dah amek sijil darjah 6, tapi Arei tak amek lagi sijil darjah khas. Dahlah Arei amek darjah khas tahun 2006. HA!!! kan dah 10 tahun sijil tu kt sekolah. So , kepada sesiapalah, kalau dh keluar result tu, cepat2lah amek sijil korang, nanti senang kalau nak sambung belajar atau cari kerja.


HARI KEJADIAN


9hb Jun 2016, Hari Ke 4 berpuasa, Hari yang ditunggu2 pon tiba. Arei pergi temuduga parents yang hantar. So lepas sahur dah gerak. Gegugupan Arei menyebabkan Arei muntah pagi itu, nasib baik Arei tak puasa masa tu (hal perempuan). Waktu temuduga tu pukul 8pg. So, kita nak g temuduga nie kenalah datang cepat. Masa tu, mmg Arei orang first yang sampai. lepastu baru ada sorang lagi dan baru yang lain2. Arei tgok semua bawak bende yang nak dipresent tu besar2, size A2 ada, A1 pon ada. Dahsyat tak dahsyat. Arei dah cuak dah.. Yelah Arei bawa A4 je. Ada yang dah bekerja dalam bidang yang sama pon still mohon kerja ni. Yelah, ni kan kerja under gov, Sapa yang tak nak, jaminan kerja kt gov nie banyak kalau dibandingkan kerja swasta. Tunggu punya tunggu, pihak majlis pon panggil semua untuk mendaftar. Rupanya ramai, kalau tak silap Arei adalah 29org. Tapi masa hari tu 17org je kot yang dtg. so tak ramai.


TEMUDUGA


Arei orang yang ke 8, so cepatlah, Lagi satu, sistem kat sini dia pkai no (ikut giliran). Macam mana nak tau nombor korang tu, ada dalam surat panggilan temuduga yang diberi. Mula2 dia panggil 3 orang  3 orang. Rupanya dy nak uji buat plan rumah guna AutoCad. Owh, Arei rasa Arei ingat lagi nak guna bendealah nie, so Arei tak cuaklah sgt. Tp rupanya Arei lupa ,, so Arei hanya dapat buat sikit je. Dia hanya bagi masa 15minit sahaja. Lepastu, baru dia panggil untuk temuduga lisan. Panel masa itu ada 4org. Nak tahu soalan apa yang dia tanya :

1) Firstly, dia suruh baca surah Al-Fatihah, dia nak uji tajwid dan tahu baca atau tidak.
2) Perkenalkan diri
3) Dia tgok plan yang kita buat td, lepastu komen.
4) Dia tanya mcm mana nak masukkan AutoCad kt Photoshop
5) Apa yang awak tahu tentang majlis perbandaran kluang ni
6) Apa kerja pelukis pelan kt majlis nie
7) Awak ada buat / bermasyarakat di persekitaran perumahan dan sekolah?
8) Siapa ketua agama negeri johor
9) Siapa ketua kerajaan negeri johor

Last sekali dia cakap, semoga rezeki anda ada disini.
p/s : Dia tak tgok pon sijil2 (mungkin sbb masa hantar borang dah sediakan sekali sijil2) dan tak suruh pon present.. heee 


KEPUTUSAN


Untuk keputusan tak tahu lagi, kalau rezeki Arei ada kt situ, adalah, kalau tak, kita pergi cari kerja lain.













Cerita Sana Sini

PENGALAMAN YANG PERNA DILALUI


Info & Temuduga

INFO









PENGALAMAN TEMUDUGA DAN KERJA

AREIMARUN STORY BLOG

WELCOME TO MY BLOG !!!!!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya AREIMARUN , pendatang baru dalam dunia blogger nie
semoga apa yang ada dalam blog serba simple ini dapat bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya.
segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafi dan akan diperbaiki dari masa kesemasa.


Koleksi Novel & Cerpen Best Online

AKAN DATANG

Sunday, 12 June 2016

Kelebihan dan Kekurangan Matrik, Asasi dan Diploma

MATRIK ; ASASI ; DIPLOMA ?

Assalamualaikum..
kepada adik2 yg baru lepas dapat result UPU tahniah !
yang mana tak dapat U tu bukannya satu masalah..
jangan putus asa..
kita belajar kat mana2 pon sama je..
keyajaan kita nie sebenarnya bergantung kepada "DUIT" kita..
D(doa), U(usaha), I(istiqamah), T(tawakal)
okay mesti adik2 runsing mana nak pilih kan bila dah dapat result UPU tu,
ada yang nak g matrik sbb dia cepat,
ada yang nak g asasi sebab tak yanh nak susah pikir nak g U mana lepas asasi,
ada yang nak pilih dip sebab takut nak bawak matrik or asasi..
okayh2 berbalik citer asal..
sebenarnya nak kongsi la apa kelebihan dan kekurangan 3sahabat nie..
erm,, bace betul2 dan pahamkan tau..


----> panjang sikit tapi useful<----

Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.

Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.
Tetapi pembaca blog ini harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambat memasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.

Info Terkini : 

*so, bila dah bacekan, so buatlah pilihan yang tepat ya adik2.. buat solat hajat, tanya senior2, tanya parents..
so, All The Best ! ! !